gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
MAC Jelaskan Program 'Outreach' Di Kelantan Bukan Parti Tapi Usaha Cegah HIV Secara Komuniti
HIBURAN
“Yuran Anak Saya Ke Amerika Syarikat Siapa Nak Bayar?” - Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000 daripada Agensi Haji & Umrah
BERITA
Putera Arab Saudi, Al-Waleed Khalid Mangkat Selepas 20 Tahun Koma
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Watie Hanifiah Lebih Kenal Anak, Tegaskan Talita Bukan Jenis Biadab - “Jangan Menghakimi Dia Macam Itulah…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
19/07/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Watie Hanifiah Lebih Kenal Anak, Tegaskan Talita Bukan Jenis Biadab - “Jangan Menghakimi Dia Macam Itulah…”
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan anak perempuannya iaitu Talita bukanlah seorang anak yang kurang ajar seperti yang didakwa segelintir pihak.
Watie menerusi temu bual di TikTok F8Buzz berkata dia sangat mengenali Talita yang dianggap seorang anak yang baik.
“Bukan bermaksud benda itu biasa atau tidak… mungkin benda itu spontan. Maksudnya Dekta tak perasan, sebab pada masa yang sama dia tengah cakap di live TikTok.
“Kalau saya cakap dia bukan jenis anak yang kurang ajar, nanti orang cakap kita back up anak. Tapi kita yang hidup dengan dia. Saya kenal dia.
“Bukan nak kata kalau dia memang cakap ‘woi, wey’ dekat saya biarkan saja. Kita tahu situasi dia macam mana.
“Contoh kalau situasi di rumah, saya minta dia buat sesuatu dan dia cakap ‘wey’, sudah tentu saya akan tegur tapi ketika itu situasi lain yang saya tahu bukan bermaksud begitu,” katanya.
Menurut Watie lagi, anak-anaknya bukan jenis yang biadab dengan orang tua terutama Talita yang mudah mengalir air mata apabila terasa hati dan marah.
“Dekta ke, Uwais ke… mereka bukan anak kurang ajar, bukan jenis yang biadab. Bukan jenis cakap macam itu pada saya apatah lagi Dekta.
“Dia anak yang paling yang kalau saya membebel ke, yela kalau masa kecil mak marah kita pun sakit hati kan, kadang-kadang ada bunyi ‘eh’ tapi dia bukan anak macam itu.
“Dia marah ke, dia terasa ke, paling-paling dia akan menitik air mata saja. Jangan menghakimi dia macam itu la,” ujarnya.
Sebelum ini, tular video Talita sedang membuat latihan menyanyi namun berlaku salah faham disebabkan nada pertuturan anak Shuib itu bercakap dengan Watie menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Shuib
#Biadab
#Talita
#Watie
#Watie Hanifiah
#Uwais
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement