gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Tema Warna Burgundy Simbol Semangat Adiwira, Larian Superhero ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ Di KL 18 Mei Ini!
DRAMA
Episod Akhir Slot MegaDrama ‘Dia Imamku’ Tayangan 2 Episod Berturut-Turut
VIRAL
Gempar Kes Perkahwinan Sejenis, Rupa-Rupanya Pengantin Lelaki Khunsa!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Watie Luah Kesedihan Di Hari Ibu, Kenang Kehilangan ‘Seseorang’ Yang Sukar Dilupakan - “Aku Masih Ingat Hari Itu…”

gempak
Umirah Halim
13/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Watie Luah Kesedihan Di Hari Ibu, Kenang Kehilangan ‘Seseorang’ Yang Sukar Dilupakan - “Aku Masih Ingat Hari Itu…”
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib, iaitu Watie Hanifiah, telah memuat naik satu hantaran penuh emosi di Instagram sempena sambutan Hari Ibu pada 11 Mei 2025 lalu.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila Watie meluahkan rasa rindu dan kesedihan atas kehilangan seseorang yang amat disayangi.
View this post on Instagram
A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)
Menerusi perkongsian tersebut, Watie berkongsi gambar ilustrasi memaparkan seorang ibu memeluk bayinya.
Malah, menerusi perkongsian sama, ada juga foto yang memaparkan luahan rasa rindu dan kesedihan atas kehilangan seseorang yang amat disayangi.
“Saat kehilangannya… Dia adalah luka yang tidak bisa aku benci…
“Aku masih ingat hari itu, waktu itu, jam itu aku kehilangan seseorang yang amat kusayangi. Mulut ku ikhlas tapi hati ku hancur.Memang kehilangan itu tidak membunuhku, tapi sesuatu dalam diriku mati hari itu,” tulisnya.
Hantaran tersebut juga diiringi kapsyen ringkas, ‘11 May 2025’ beserta emoji patah hati dan hashtag #selamathariibumummy, menggambarkan kesedihan Watie yang mendalam sempena sambutan Hari Ibu kali ini.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dari pengikut dan rakan selebriti, termasuk suaminya Shuib.
“Selamat Hari Ibu mummy, InsyaAllah Allah maha baik, Allah tahu yang terbaik untuk kita. I LOVE U MUMMY SAYANG DADDY.”
Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat buat Watie, termasuk harapan agar dia terus kuat dan diberi rezeki anak yang soleh dan solehah pada masa akan datang.
Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik individu yang dimaksudkan dalam hantaran itu, ramai mengandaikan ia berkait dengan pengalaman peribadi, mungkin melibatkan kehilangan anak yang pernah dikandung.
Topic Berkaitan
#Shuib
#Sedih
#Kehilangan
#Watie
#hanifiah
Must-Watch Video