Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Watie Tak Pernah Cemburukan Arwah Siti Sarah, Tegas Kenal Shuib Selepas Menduda!


02/11/2023 09:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah berkongsi perasaannya terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Menjawab soalan yang diajukan peminat di Instagram Stories, kata Watie, dia tidak pernah cemburu seandainya Shuib bercerita tentang arwah isterinya.

"Jealous tu tak pernah, tapi sedih bila fikir entah-entah dia tak bahagia dengan kita tu memang ada.

"Dalam hubungan kita nak sama-sama rasa bahagia. Tetapi dalam masa yang sama dia masih rasa rindu dan sedih dengan pemergian arwah,” tulis Watie.


Dalam pada itu, Watie turut menegaskan dia mula berkenalan dengan Shuib pada Disember 2021, menafikan dakwaan bercinta ketika arwah Siti Sarah masih hidup.

"Tanggunglah siapa yang fitnah tu. Kami tak pernah kenal pun. Dia tackle lepas dia menduda," tegas Watie bersama paparan skrin perbualannya dan Shuib.

Untuk rekod, Watie telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 23 Jun lalu.

Itu merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkahwinan terdahulu, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.
#Kahwin #Siti Sarah #Shuib #Artis #Rumah tangga #hiburan #Watie
;