Laman Utama

‘Wawa Wahid Enterprise’ Mengaku Tidak Bersalah Aibkan Polis

gempak
Azwa Rahman
18/11/2021
09:31 MYT
Sponsor Banner
‘Wawa Wahid Enterprise’ Mengaku Tidak Bersalah Aibkan Polis
Seorang wanita dikenali sebagai ‘Wawa Wahid Enterprise’ yang pernah tular di media sosial kerana tindakannya mengherdik anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) pada Jun lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Jawaheer Ismail, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis yang dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.30 petang dalam sekatan jalan di Jalan Kapayan, Kota Kinabalu.
Nur Jawaheer didakwa mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan menyebut perkataan 'nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau'.
Nur Jawaheer didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Nur Jawaheer diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin tempatan selain menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dk Afiqah Alya Ak Johari dan Adibah Saiful Bahri manakala tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.
Pada Jun lalu, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita mengaku sebagai Wawa Wahid Entreprise berang dan mengherdik anggota polis di sebuah SJR di Kota Kinabalu tular di media sosial pada Jun lalu.
BACA: “Kau Tanya Aku Siapa? Aku Wawa” - Wanita Maki Polis Di SJR Tular Di Media Sosial
Sumber: Sinar Harian
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live