Wawa Zainal & Aeril Zafrel Serbu Premis Jual Kosmetik Tiruan Di Kangar!
Fiza Kamarudin
19/11/2020 00:15 MYT
19/11/2020 00:15 MYT
Pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menyertai serbuan di di sebuah premis di Taman Putra Utama, di Kangar, yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama miliknya.
Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel bersama sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, memasuki premis berkenaan jam 12,15 tengah hari.
Selain kecewa dengan pihak yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama Wawa Cosmetics by Wawa Zainal, aktres tersebut mendakwa syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya.
"Apa yang dikesalkan adalah ia seolah-olah mengelirukan pengguna.
"Cap dagangan ini bukan senang untuk didaftarkan malah ia memakan masa hampir dua tahun untuk diluluskan oleh pihak KPDNHEP selepas melalui prosedur tertentu.
"Justeru sekiranya pihak terbabit berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab," dakwanya.
Sementara itu Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar, berkata dalam serbuan berkenaan, pihaknya merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan untuk membantu siasatan.
Menurut Norazah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada pasangan selebriti terbabit mengenai pengeluaran produk kosmetik menggunakan logo dan jenama yang boleh mengelirukan pengguna dan peminat mereka.
"Hasil siasatan mendapati premis terbabit telah beroperasi lebih dari tiga tahun dan turut menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen selain dijual di dalam talian.
"KPDNHEP juga telah melihat iklan mengelirukan yang telah dikeluarkan oleh syarikat milik ahli perniagaan terbabit.
"Tindakan itu boleh memanipulasi persepsi pengguna kerana telah menggunakan logo pemilik asal," katanya dalam sidang media yang turut disertai Wawa dan Aeril pada petang Rabu.
Norazah berkata, syarikat terbabit dipercayai memiliki sebuah gudang di Kedah dan menjadikan premis di Taman Putra Utama sebagai pusat pengedaran.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Sumber: Astro Awani