Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Wawa Zainal & Anak-Anak Negatif Covid-19, Mohon Doakan Aeril Zafrel Sembuh - "Lidah Macam Rasa Kebas Sikit"

ZULHILMI JALIL 22/01/2021 | 06:30 MYT
Pelakon Wawa Zainal memaklumkan bahawa dia dan anak-anaknya disahkan bebas daripada jangkitan virus Covid-19.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zianal Abidin, 30, berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.
"Alhamdulillah ya Allah, terima kasih semua. Asbab doa-doa kalian Wawa dan keluarga lain negatif Covid-19, tapi kami sekeluarga akan tetap kuarantin.
"Allah maha besar, syukur doakan kesembuhan Aeril Zafrel ya," tulisnya.
Dalam entri tersebut, Wawa turut berkongsi slip keputusan ujian calitan yang dilakukannya sebaik suaminya, Aeril disahkan positif jangkitan Covid-19 pada Rabu malam.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Terdahulu, Aeril memaklumkan dirinya dijangkiti virus tersebut selepas bertandang ke rumah pengurusnya yang ketika itu mengalami demam.
BACA: Aeril Zafrel Disahkan Positif Covid-19 Selepas Lawat Pengurus Demam
Susulan statusnya itu, seluruh ahli keluarganya kemudian menjalani ujian saringan Covid-19.
Dalam pada itu, Aeril yang kini menjalani kuarantin kendiri turut memaklumkan keadaan kesihatannya kini menerusi satu perkongsian di Instagram Story.
"Alhamdulillah, deria rasa dan bau masih ada, cuma demam dan batuk-batuk kadang-kadang datang. Lepastu asyik sendawa sahaja.
Bagaimanapun, memasuki hari ketiga hari ini, katanya, lidahnya mula berasa kebas.
"Hari ke-3, lidah macam rasa kebas sikit, tapi kena kuat juga sebab anak-anak tak besar lagi," katanya.
#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Negatif #COVID-19 #Deria Bau
;