Pelakon Wawa Zainal gembira membawa anak ketiganya, Ayya Soffya bercuti di Port Dickson baru-baru ini.

Menurut Wawa, itu merupakan percutian pertama anaknya yang baru memasuki usia tujuh bulan itu.

"Percutian pertama Ayya Soffya, dekat Port Dickson je lah mampu nak," tulis Wawa di Instagram.

Dalam pada itu, Wawa juga sempat mengucapkan selamat memasuki usia tujuh bulan kepada anak comelnya itu.

"Selamat memasuki usia tujuh bulan sayang," ucapnya ringkas.

Hasil pemerhatian Gempak, rata-rata pengikut Wawa meninggalkan respon positif, ramai memuji kecomelan Ayya yang dikatakan mempunyai iras wajah ibunya.

"Masya-Allah comel sangat!

"Comelnya...rasa nak gigit!

"Muka you la sis.

"Betul-betul muka akak Wawa," tulis beberapa wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian video Wawa di entri tersebut telah mendapat lebih 300 ribu tontonan.

@ayyasoffya first vacation ? kat PD je la mampoo nak.. HAPPY 7months old sayang @ayyasoffya muka aeril ke muka wawa?

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on


Untuk rekod, Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.