gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Dr Amalina Selamat Bersalin Anak Kedua, Namakan Aurora Sienna!
HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Peminat Doakan Kebahagiaan Karel Susanteo & Anna Jobling
HIBURAN
Tembakan Tepat! Dayang Nurfaizah & Nadeera Zaini Bakal Gegarkan Konsert Hael Husaini & Repertoire - “Saje Tau Letak Gambar Yang Dah Berkurun”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Wawa Zainal Dimasukkan ke Hospital Akibat Gastrik Teruk, Aeril Zafrel Kongsi Punca - “Dia Suka Sangat Minum Air…”

gempak
Umirah Halim
01/06/2025
09:31 MYT
Sponsor Banner
Wawa Zainal Dimasukkan ke Hospital Akibat Gastrik Teruk, Aeril Zafrel Kongsi Punca - “Dia Suka Sangat Minum Air…”
Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, memaklumkan bahawa isterinya, Wawa Zainal, telah dimasukkan ke hospital semalam selepas mengalami serangan gastrik yang agak serius.
Menurut Aeril, Wawa pada mulanya enggan mendapatkan rawatan namun akhirnya akur selepas keadaannya semakin membimbangkan.
“Wawa sebenarnya kena gastrik semalam, sampai tak boleh berjalan. Dia pergi ambil injection dan terus kena tahan dekat wad,” kata Aeril ketika ditemui di majlis pelancaran Komik Kolaborasi UNDER18 x KLEPET sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), pada Ahad.
Tambahnya, isteri tercinta itu sememangnya menghidap gastrik kronik dan keadaan bertambah buruk disebabkan tabiatnya yang gemar minum air panas secara berlebihan.
Bagaimanapun, Wawa difahamkan hanya hanya perlu ditahan selama satu hari sahaja di wad.
“Dia memang gastrik teruk… sebenarnya dia degil, tak nak pergi hospital. Tapi saya cakap, kalau awak tak pergi, nanti kita susah dan kacau semua perancangan.
“Dia suka sangat minum air panas, padahal doktor dah larang. Tapi degil juga. Wawa kena tahan wad sehari je, hari ini dah keluar dan keadaannya stabil,” jelas Aeril lagi.
Dalam perkembangan lain, Aeril turut mengumumkan penglibatannya sebagai penerbit eksekytif filem komikal berjudul klepet yang menyaksikan kolaborasinya bersama komik under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz.
Menurut Aeril, filem tersebut turut mendapat kerjasama studio ‘Respected Citizen yang menyaksikan gabungan dunia komik dan filem dalam satu naskhah sama.
Filem tersebut turut dibarisi pelakon seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, dan Meerqeen serta diarahkan oleh Indra Putra serta dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#Aeril Zafrel
#Wawa Zainal
#hospital
#Masuk
Must-Watch Video