Pelakon Wawa Zainal menarik perhatian peminat selepas menyanyikan runut bunyi (OST) bagi filem berjudul Sabda Kekasih berjudul Lantera Cinta.

Bagaimanapun kata Wawa, dia tidak berniat untuk menceburi bidang nyanyian sebaliknya hanya secara kebetulan menyanyikan OST untuk filem lakonannya.

“Wawa Zainal menceburi bidang nyanyian kahakahakakah. Habis kena kecam. Relaks bukan nak jadi penyanyi pun.

“Nyanyi untuk ost #sabdakekasih je yang akan ditayangkan di @astrofirst.official 24JUN nanti tapi kalau ada rezeki orang nak panggil show apa salahnya, gurau-gurau,” selorohnya.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata pengikutnya memuji suara Wawa dan tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktres itu berkebolehan menyanyi dengan baik.

Selain Wawa, suaminya aktor Aeril Zafrel juga turut membintangi filem berkenaan.

Sabda Kekasih akan ditayangkan bermula 24 Jun 2021 di Astro first.