HIBURAN
Wawa Zainal Sedih Anak Menangis Kek Batik Dikritik - “Saya Sanggup Tebalkan Muka…”
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal meluahkan rasa sedih apabila anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menerima komen negatif daripada pembeli kek batik yang dijualnya.
Menerusi hantaran di Instagram, Wawa berkongsi momen apabila Hayla menangis kerana mendapat penilaian rendah serta kritikan daripada segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kek batik jualannya.
“Sabarlah, jangan menangis sayang. Mama pun sebenarnya tahan air mata je. Biasa mama kuat, tapi bab anak ni mama tewas.
“Mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu,” tulis Wawa, memujuk puterinya yang masih muda namun sudah berani mencuba bidang perniagaan,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Wawa juga sanggup mengetepikan ego dengan menghantar mesej kepada individu yang mengkritik kek batik anaknya itu supaya memadam video yang dikongsikan.
“Saya sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video sebab tak sanggup lihat anak sendiri kena hina,” luah Wawa.
Sebelum ini, tular di TikTok seorang individu memuat naik satu video tanpa audio menunjukkan dia sedang menikmati kek batik Hayla.
Dalam hantaran itu, sesetengah warganet menyatakan kek batik tersebut tidak memenuhi kriteria peminat kek selain meninggalkan komen jelik.
Must-Watch Video