Cetus rasa cemburu netizen! Itu antara reaksi yang dapat dilihat apabila pelakon dan usahawan Betty Rahmad memuat naik aktiviti berkemahnya bersama keluarga.

Menerusi beberapa posting di Instagram miliknya, Betty berkongsi gambar dan video dia sekeluarga sedang menikmati percutian sambil berkemah di tepi pantai.

Bukan percutian biasa, namun ramai yang menganggap ia sebagai satu perkhemahan luar biasa apabila turut dilengkapi pelbagai perkakas tambahan

Antara yang dikongsi Betty termasuklah kelengkapan memasak.

Paling membuatkan ramai kagum adalah Betty turut membawa tandas bergerak bagi memudahkan mereka mandi dan ‘membuang’.

Malah, Betty dan suami turut mengambil masa untuk menikmati ‘wayang pacak’ di tepi pantai ketika waktu malam.

“Thank you suamiku. Sebelum pergi camping I cakap bestnya kalau kita boleh tengok movie tepi pantai.

“Know know ada wayang pacak! Macam mana dan kain apa dia pacak jadi screen tu i taktau.

“One time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup & list barang apa nak bawa untuk camping.

“Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yg bawak & kitorang yang pack kan,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu mereka selain kagum dengan kelengkapan yang dibawa.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)