HIBURAN

“We Are Back!” - Selesai Photoshoot, Peminat Tak Sabar Tunggu Pengumuman Konsert Elite Pula!

Amri Hassan 21/06/2025 | 13:25 MYT
Satu hantaran ringkas di Instagram sudah cukup untuk menggegarkan dunia peminat setia kumpulan girl group yang pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun 1990-an, Elite!
Dalam sepotong video, lima anggota kumpulan Elite iaitu Linda Rafar, Abby Abadi, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Azza Zawari dilihat selesai menjalani penggambaran bersama-sama.
"Syukur Alhamdulillah, photoshoot sudah selesai dan InsyAllah tunggu pengumuman nanti ya… Sabar semua ELITE warriors! 💪🏻 We love u," tulis akaun rasmi @eliteofficialmy.
Ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan mesej-mesej penuh keterujaan, spekulasi, dan harapan.
Ramai yang menganggap sesi photoshoot ini sebagai petanda besar bahawa Elite bakal kembali dengan projek baharu, berkemungkinan konsert mega!
"Wahhh dia punya come back ekk..... MasyaAllah
"Adakah Fiza Anak Mami & Syarifah Sofea buat slot throwback reunion sikit2 gitu..
"wow!!! spt zaman kegemilangan dolu-dulu," tulis beberapa warganet.
Lebih menarik, kapsyen “W E A R E B A C K” yang diselitkan seakan-akan isyarat kepada sesuatu yang besar sedang dirancang, membuatkan peminat mula membuat pelbagai teori dan countdown tersendiri.
Ada yang menyifatkan ia sebagai 'revival paling dinanti tahun ini', dan tidak kurang juga yang berharap ia membabitkan kemunculan semula secara fizikal selepas sekian lama.
Buat masa ini, pihak Elite masih belum mendedahkan butiran lanjut selepas akaun rasmi kumpulan itu dibentuk awal minggu ini.
#Konsert #Netizen #Abby Abadi #peminat #Linda Rafar #Elite #Sasha Saidin #Watie Sadali #Azza #Photoshoot #Pengumuman #Girl Group