Laman Utama

We Can Do It! 100 Peratus Populasi Dewasa Di Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin Menjelang Oktober Ini!

gempak
Asraf Aided
18/07/2021
22:50 MYT
Sponsor Banner
We Can Do It! 100 Peratus Populasi Dewasa Di Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin Menjelang Oktober Ini!
Semua 100 peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka menerima dos lengkap vaksin COVID-19 menjelang Oktober tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kemas kini di akaun Facebook milik beliau.
"100% populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.
"100% populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.
"Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50% pada akhir bulan Ogos 2021.
"Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70% pada bulan September 2021.
"100% populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga memaklumkan kerajaan telah menempah 76.1 juta dos vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Daripada jumlah tersebut, 70 peratus daripadanya adalah vaksin Pfizer, diikuti Sinovac (23.4 peratus), AstraZeneca (10 peratus), CanSino (10.9 peratus) dan fasiliti COVAX (10 peratus).
"Menempah lebih 76.1 juta dos vaksin – 70% Pfizer, 23.4% Sinovac, 10% Astrazaneca, 10.9% CanSino dan 10% daripada fasiliti COVAX.
"Vaksinasi adalah kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19. Jadi, apa yang Kerajaan buat? Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah.
"Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober. Baki selebihnya akan diterima antara bulan November 2021 hingga Januari 2022," jelasnya.
Kerajaan menyasarkan pemvaksinan rakyat yang lebih cepat daripada perancangan asal ekoran penemuan varian-varian baru yang ganas dan berbahaya.
Pada mulanya, 80 peratus penduduk Malaysia disasarkan untuk menerima dos lengkap vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun hadapan.
Namun ia telah dipercepatkan ke Disember 2021.
Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live