"We Ended Up In The Same Cabin" - Awal Ashaari Teruja Berjumpa Dev Patel

Asraf Aided
Januari 15, 2019 07:29 MYT
Selebriti popular, Awal Ashari berkongsi rasa teruja ketika terserempak dengan pelakon antarabangsa, Dev Patel di lapangan terbang antarabangsa Dubai.
Perkara itu dikongsi Awal menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
"Terjumpa Dev Patel while transitting Dubai, we ended up in the same cabin, and I guess we are going to the same event," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan turut berasa gembira melihat foto Awal bersama Dev.
Turut berkongsi rasa teruja, isterinya Scha Alyahya juga memuat naik gambar Dev menerusi ruangan IG Storynya.
Difahamkan, Awal dan Scha bakal menghadiri sebuah majlis jenama jam antarabangsa di luar negara dan menunggu transit penerbangannya di Dubai.
#Awal Ashaari #Dev Patel