Gaya Hidup
Weekend Sweet Escape... Di Manakah Destinasi Pilihan Anda?
Kadangkala, mengharungi hari bekerja dari Isnin membawa ke Jumaat begitu memenatkan.
Disebalik tuntutan kerja, pelbagai urusan perlu dibereskan dalam satu masa yang sama sehingga membuatkan otak jadi letih!
Hujung minggu Sabtu dan Ahad memang dinantikan untuk mereka yang penat bekerja bagi merehatkan diri.
Ada yang suka berehat di rumah, ada juga yang memilih untuk bercuti selama dua hari satu malam di destinasi menarik... Ala, weekend sweet escape gitu!
Jadi, jika anda yang mahu bercuti, di manakah destinasi yang boleh anda kunjungi?
1. Melaka
Negeri kecil ini memang tidak pernah mengecewakan. Dengan perjalanan lebih kurang dua jam dari ibu kota, anda boleh meluangkan masa di negeri penuh bersejarah ini.
Nikmati asam pedas atau keria gula melaka sambil berjalan cuci mata di Jonker Walk atau A Famosa, pastinya memberikan kenangan manis untuk anda!
2. Ipoh
Ibu negeri Perak ini memang tempat yang wajib anda kunjungi jika anda merancang untuk melarikan diri dari hiruk pikuk ibu kota.
Menawarkan pelbagai tarikan pelancong yang menarik, jangan lupa untuk menikmati juadah wajib seperti Nasi Ganja atau singgah ke Pasar Karat Ipoh untuk membeli barangan rare!
3. Kuantan
Kuantan turut menyajikan pelbagai kenangan manis untuk pengunjung jika anda benar-benar menerokai keunikan bandar ini.
Singgah sebentar di Pantai Teluk Cempedak untuk menghirup bayu laut atau berkelah bersama keluarga di Taman Gelora! Jangan lupa makan tempoyak ikan patin, sedap sangat!
4. Pulau Pinang
Ini memang syurga makanan! Negeri ini menyajikan pelbagai makanan menarik dan destinasi wajib kunjung untuk pelancong juga banyak untuk anda terokai.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati nasi kandar atau pasembor serta jangan lupa untuk berkunjung ke Bukit Bendera... Kalau nak rasai pengalaman berbeza, anda mesti cuba untuk menaiki feri di sana!
Kredit foto: Lonely Planet, Astro Awani, Melaka.ws, Carian Google
Must-Watch Video