Sesudah tular majlis bridal shower dan bachelorette party sepanjang minggu ini, netizen terus berteka-teki dengan tarikh pernikahan pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

BACA: [FOTO] Uqasha Senrose Anjur Bridal Shower, Bridesmaid Dapat Rantai Loket Setiap Seorang!

BACA: Kamal Adli Fitting Baju, Pernikahan Dengan Uqasha Senrose Macam Tak Lama Dah Ni!

Ada yang membayangkan pasangan yang telah selamat melangsungkan pertunangan April lalu itu bakal meraikan hari bahagia mereka dalam tempoh terdekat ini.

Spekulasi itu semakin jelas apabila welcome board majlis pernikahan pasangan itu tular di laman sosial TikTok baru-baru sejak Jumaat.

Dalam video yang dikongsikan pemilik akaun @kadgalericinta itu, terpapar nama Kamal dan Uqasha untuk majlis yang tertera Oktober 21. Namun, tarikh sebenarnya tidak ditulis pada kad yang diukir khas itu.

Ada yang berandaian tarikh yang dimaksudkan adalah 21 Oktober namun ada dalam kalangan pengguna platform berkenaan menjelaskan angka 21 itu bermaksud tahun 2021.

"Bila agaknya tu kan? Wah mesti meletop wedding of the year," tulis pengendali akaun @kadgalericinta terbabit.



Selain itu, tanda pagar #kamaluqasha, gabungan nama sempena meraikan pasangan pengantin turut digunakan.

Difahamkan, welcome board menggunakan material kayu itu terpaksa dibikin semula ekoran kesalahan ejaan nama Uqasha menjadi Uqasya pada papan tersebut.

Kamal telah melamar Uqasha di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Kisah hubungan cinta pasangan itu mula menjadi bualan apabila digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019.

Untuk rekod, pasangan itu pernah memaklumkan persiapan perkahwinan mereka sudah 80 peratus siap dan bakal mengadakan tiga majlis resepsi termasuk di pusat peranginan tanah tinggi terkenal.

Sehingga artikel ini ditulis, Uqasha atau Kamal belum mengesahkan mengenai perkara tersebut.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!




Foto: IG Uqasha, Kad Galeri Cinta