Hiburan

“Welcome To The Club” – Akhirnya… Neelofa Buka Akaun TikTok!

gempak
Azwa Rahman
01/04/2020
10:48 MYT
Sponsor Banner
“Welcome To The Club” – Akhirnya… Neelofa Buka Akaun TikTok!
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila mula membuka akaun TikToknya semalam.
Menerusi laman sosial Twitter, Neelofa memuat naik video TikTok yang pertama untuk tatapan umum.
“Betul tu! Akhirnya saya ikut trend semasa dengan buat akaun @tiktok. PKP yang buatkan saya begini,” tulis Neelofa menerusi satu kicauan.
Menggunakan nama @neelofa, perkongsian pertama bekas pengacara MeleTOP itu menunjukkan dia meniru aksi fesyen moda yang berubah menjadi cantik. Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya teruja melihat Neelofa yang mengikuti trend semasa.
Malah, tidak kurang juga ramai yang memuji kecantikan usahawan tersebut walaupun membuat mimik muka kelakar.
“Anda disahkan positif cantik,” puji seorang wargamaya.
“Kalau Lofa dah start main TikTok, I kena main jugak,” kata seorang wargamaya.
“Hahahaah. 10 kali ulang. Comel dooh!” komen seorang wargamaya.
“14 hari PKP terus jadi macam ni ye, haha comel,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video pertama Neelofa telah mendapat hampir 66,000 tontonan oleh warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024