"Welcome To The Club Kak Icha...Ketepikan Sekejap Fesyen" - Tya Arifin Sedih Tak Dapat Lawat Izara Aishah Di Hospital

ZULHILMI JALIL
April 16, 2020 02:59 MYT

Pelakon Tya Arifin meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat melawat birasnya, aktres Izara Aishah di hospital selepas bersalin anak sulungnya semalam kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan.

Biarpun begitu, Tya turut menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru.
"Sedih tak boleh nak tengok Kak Icha (Izara) dan baby di hospital kerana keadaan tak mengizinkan.
"Apapun, welcome to the club Kak icha. Ini adalah kehidupan sebenar..hahaha.
"Agaknya Kak icha dah boleh follow IG @kitaibuhebat ni dah boleh geng. Ketepikan sekejap fesyen-fesyen, fesyen sekarang breastfeeding cover (pakaian untuk penyusuan badan)," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut, Tya turut memuat naik gambar kenangan ketika Izara sedang sarat mengandung biarpun ketika itu dia enggan gambarnya diambil.
"Ingat lagi saat Tya ambil gambar ini, Tya paksa Kak Icha posing.
"Ya, nasib baik Tya ambil juga, memang betul jadi kenangan mengandung baby pertama kerana Alhamdulillah 15/4 Kak Icha telah melahirkan bayi perempuannya," katanya.
Terdahulu Izara selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.
BACA: Izara Aishah Bersalin, Siti Panjatkan Kesyukuran ... "Alhamdulillah, Makin Bertambah Ahli Keluarga Kita"
Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Tya Arifin dan Izara Aishah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Baby #Izara Aishah #Tya Arifin