“Welcome in Kortrijk” - Luqman Hakim Sarung Jersi Nombor 9, Netizen Bangga!
Azwa Rahman
14/08/2020 09:52 MYT
14/08/2020 09:52 MYT
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin telah tiba di Brussels bagi menyarung jersi kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk.
Menerusi laman sosial Twitter, kelab terkenal di Belgium itu telah memuat naik dua keping foto Luqman bersama jersi nombor 9 miliknya.
“Welcome in Kortrijk, Luqman!” tulis pengendali akaun tersebut. Anak kelahiran Kelantan yang berusia 18 tahun ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels, Belgium semalam dan disambut oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia ke Belgium, Prisheela Prakas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya cukup berbangga dan memberikan kata-kata semangat untuk Luqman menunjukkan prestasi terbaik.
“Keraskan hati brother. Persetankan semua suara-suara kecik dalam hati kau dan dari org luar yang cuba buat kau patah semangat,” komen seorang wargamaya.
“Baru masuk dapat nombor 9, wow star in the making!” kata seorang wargamaya.
“Pencapaian ini mungkin pencapaian peribadimu, tapi kami rakyat tak terbilang rasa syukur ada anak muda Malaysia!” puji seorang wargamaya.
“Luqman, kalau rindu nasi lemak ke kuih muih ke pegi je London ok. Dekat je flight sejam banding balik Malaysia,” usik seorang wargamaya.
“Gunakan peluang keemasan ini untuk lebih berjaya dan harumkan nama Malaysia Luqman, you can do it, make us proud,” sokong seorang wargamaya lagi.
Minggu lalu, Luqman secara rasmi telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan KV Kortrijk yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan
Luqman akan menjalani 14 hari proses kuarantin di Belgium terlebih dahulu sebelum menjalani latihan bersama skuad B-21 kelab itu.
Menerusi laman sosial Twitter, kelab terkenal di Belgium itu telah memuat naik dua keping foto Luqman bersama jersi nombor 9 miliknya.
“Welcome in Kortrijk, Luqman!” tulis pengendali akaun tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.