Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Welcome To The World, Jose Sixto G. Dantes IV" - Marian Rivera & Dingdong Dantes Selamat Timang Bayi Lelaki

Zulaikha Yusof
18/04/2019 04:57 MYT
Selebriti popular Filipina, Marian Rivera telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Jose Sixto G. Dantes IV.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya, aktor Dingdong Dantes menerusi sebuah entri di akaun Instagram.

Menurut Dingdong, selepas berada di bilik bersalin kira-kira 10 jam, Marian selamat bersalin pukul 1.35 petang pada 16 April lalu.

"Yahoo! After around 10 hours of labor, Marian finally give birth to our baby boy at 1:35pm today.

"Thank you very much for praying for us. Welcome to the world, Jose Sixto G. Dantes IV," tulis Dingdong.

Khabar gembira itu disusuli ucapan tahniah daripada rakan rapat serta pengikut Dingdong dan Marian.

Marian dan Dingdong mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya perempuan, Maria Letizia yang berusia empat tahun.

Yahoo! After around 10 hours of labor, Marian finally gave birth to our baby boy at 1:35pm today. ? Thank you very much for praying with us. ?? Welcome to the world, Jose Sixto G. Dantes IV!

A post shared by Dingdong Dantes (@dongdantes) on

#Dingdong Dantes #Marian Rivera
;