Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak

Shahrin Zulkifle
02/07/2022 01:36 MYT
Pelakon berdarah campuran Melayu Arab, Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuan pagi tadi.

Detik gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ilya atau nama aslinya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 37, di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu, dilihat Ilya bersama suaminya melahirkan rasa syukur dan menganggap perkara ini bagai sebuah keajaiban buat anaknya yang telah diberi nama Talita Love.

“Syukur Alhamdulillah bayi perempuan kami dah selamat keluar.

“Kalau dulu awak cakap kat saya, saya bakal hamil tiga tahun lagi saya akan ketawa.

“Hari ini saya mengalami keajaiban, detik ajaib, kelahiran bayi perempuan saya Talita Love. Sehingga saya menitiskan air mata, kerana masih terkejut.

“Terima kasih atas semua kasih sayang, sokongan dan doa anda, kami sangat hargai. Tak sabar nak balik Malaysia awal tahun depan dengan baby. Tunggu kami semua ya,” tulis Ilya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, ruangan balas telah dibanjiri dengan ribuan ucapan tahniah dan selamat, tidak tertinggal juga ucapan dari rakan selebriti.

“Tahniah Raja Ilya dan suami,” tulis Azza Elite.

“Alahai comel nya, tahniah hampa, dah jadi mak dah,” tulis Rozita Che Wan.

“Awww, semoga bayi awak dikurniakan kesihatan yang baik, kasih saying dan keindahan,” tulis Sherry Ibrahim.

Terdahulu, Raja Ilya dan suami Trent Garret telah mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mereka megambil keputusan untuk menetap terus di Perth Australia.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

#Viral #Raja Ilya #Bersalin #Raja Ilya Bersalin