Hiburan
"Wewittt! Bersemut Skrin Telefon" - PU Amin Kongsi Gambar Seminggu Lepas Kahwin & Pesanan Ibu
Di antara pendakwah-pendakwah muda yang lantang bersuara, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim adalah salah seorang daripadanya.
Jarang berkongsi kisah peribadi di sosial media, tetapi sekali sekala bercerita, banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran daripadanya.
pada satu entri di Instagram miliknya, PU Amin berkongsi sekeping gambar bersama isterinya ketika usia perkahwinan mereka baru sahaja masuk seminggu.
"Masa ni baru seminggu kawen. Umur baru 22 tahun. Masa ni cuti kawen, sebelum balik Azhar Mesir untuk sambung baki pengajian 2 tahun lagi. Masa ni belum ada nama PU Amin lagi. Masa ni jalan jalan shoping pakai duit biasiswa je. Masa ni naik motor pergi mall.
"Masa ni asyik berangan kalau ada rumah sendiri, kalau ada kereta sendiri, kalau kalau tak habis habis berangan. Berangan kan free. Masa ni lah pergi beli kasut pertama untuk isteri saya. Murah pun ok, janji ada hadiah. Haha Alhamdulillah rezeki Allah. Banyak yang Allah bagi lepas 8 tahun ni," tulis PU Amin panjang lebar.
Pada masa yang sama, PU Amin turut berkongsi pesanan ibunya untuk menambah rezeki keluarga.
"Mak saya kata nak bagi tambah rezeki kena sentiasa jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan baik suami isteri. Jangan cakap benda tak elok, jangan kuat marah, sabar kena banyak.
"Betul kata mak, rezeki Allah banyak bila kita hargai pasangan kita. Family saya tak sempurna macam orang lain. Sebab tu jarang share pasal life family kiteorang kat socmed. Sama je macam orang lain," akui PU Amin.
PU Amin turut menasihati kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga supaya tidak menjadikan kehidupan orang lain sebagai ikutan, tetapi membina kehidupan sendiri.
"Bagi yang baru kawen kalau life kita tak meriah sangat tak apa, jangan follow orang lain, layan je life korang, ni moment indah untuk korang create kasih sayang waktu susah untuk korang hargai waktu senang nanti. Makan nasi bungkus share sama sama pun sedap, beli baju downtown, bundle pon xpe, baju jugak janji tutup aurat, settle.
"Relax je, nanti Allah susun rezeki korang. Jangan mudah ungkap perkataan cerai, pisah. Banyak doa yang baik baik. Jangan cari kesempurnaan. Sebab manusia mana ada sempurna. Kan, So Moga korang dan saya terus bahagia selamanya di bawah jagaan Allah Swt," nasihat dan doanya untuk dirinya dan semua.
Hasil perkahwinan mereka, PU Amin dan isteri dikurniakan tiga orang cahaya mata, Aisyah Sofea, Abdullah Umar dan Fatimah Zahra.