Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof mencuri perhatian wargamaya apabila suaminya Datuk Fadzarudin Anuar tidak mengenali beberapa jenis sayuran.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy berkongsi perbualan antara dia dan suami yang sedang berada di pasar raya.

“Sigh, pray for Fadza at the supermarket,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi perbualan WhatsApp tersebut, Fadza dilihat bertanyakan rupa bentuk beberapa jenis sayuran seperti kubis, kucai, putik jagung dan kunyit hidup.

Sigh. #prayforfadzaatthesupermarket #mco

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on


Kemudian Vivy membuat carian Google dan menghantar foto bentuk sayuran tersebut beserta namanya di dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan urusan suaminya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya terhibur dengan perbualan suami isteri itu.

Tidak kurang juga ada yang mengusik para suami masing-masing kerana sama seperti Fadza, tidak mengenali jenis sayuran.

“Haha Fadza patut hire you sebagai ketua keluarga interim. Lepas tu korang boleh tukar peranan,” kata pelakon Mira Filzah.

“Saya putus asa! Sayalah ketua keluarga interim sekarang!” komen seorang wargamaya.



“Hantar gambar macam tu, harap Fadza tak keliru antara daun kucai dan daun bawang,” usik seorang wargamaya.

“Buat vlog ajar Fadza cakap bahasa Melayu pleaseee,” komen seorang wargamaya.

“Next time senaraikan barang yang nak beli tu, sertakan dengan gambar sekali. Tak pun lukis. Hahaha,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 70,000 tanda suka daripada warga Twitter.