Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"What's Up Doc?" - Imbas Nostalgia Zaman Kanak-Kanak, Lawalah Koleksi Pestle & Mortar x Looney Tunes Ni!

Amri Hassan
22/10/2020 12:50 MYT
Generasi kanak-kanak tahun 1990-an pasti sangat sinonim dengan karakter ikonik Looney Tunes seperti Bugs Bunny, Lola Bunny, Sylvester dan Tasmanian Devil.

Jadi, mengimbas semula kegemilangan watak-watak dari animasi Looney Tunes, jenama pakaian fesyen tempatan, Pestle & Mortar Clothing melancarkan koleksi khas sempena kolaborasi sulung mereka.

Kata Pengarah Kreatif Pestle & Mortar Clothing, Jack Gan, kolaborasi tersebut meraikan semula memori zama kanak-kanak yang sanggup menunggu depan televisyen untuk menonton kartun popular itu suatu ketika dahulu.

"Ini menjadi kolaborasi sempurna bagi Pestle & Mortar Clothing yang meraikan ulangtahun ke-10 tahun ini.

"Looney Tunes banyak mempengaruhi kehidupan saya ketika zaman kanak-kanak. Saya sendiri masih ingat bangun awal pagi pada hujung minggu demi menonton animasi ini," katanya kepada Gempak.

Sementara itu, tambah Ketua Pegawai Operasi Pestle & Mortar Clothing, Hugh Goh, setiap helaian yang dihasilkan untuk koleksi ini mengikut setiap satu karakter animasi popular Looney Tunes.

"Budaya Hip Hop mempengaruhi jenama Pestle & Mortar Clothing, kita melihat Bugs Bunny sepertimana legenda Hip Hop. Jadi, grafik yang dihasilkan didedikasikan untuk budaya tersebut.

"Misalnya juga grafik pada hoodie mengambil inspirasi daripada filem Bollywood seperti pasangan kekasih yang sedang berlari-lari keliling pokok.

"Sudah tentu watak Bugs Bunny memainkan peranan utama dalam penghasilan koleksi ini. Adanya karakter ini dalam koleksi kami merupakan satu penghargaan buat kami," katanya.

Idea yang tercetus sejak setahun lalu itu diterjemahkan dengan baik menerusi 18 helaian koleksi kali ini yang terdiri daripada kemeja-T, hoodie, bucket hat, jaket, beg tote, outerwear dan pelitup muka.

Koleksi Pestle & Mortar Clothing x Looney Tunes boleh mula dibeli secara dalam talian www.pestlemortarclothing.com pada 23 Oktober 2020 dan di Major Drop, Sunway Pyramid.

Looney Tunes merupakan animasi popular yang diterbitkan syarikat Warner Bros sekitar tahun 1930 hingga 1969 dan sering ditayangkan di kaca televisyen tempatan dalam tempoh yang panjang.

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang menonton kisah lanjut disebalik koleksi ini dalam rancangan terbaharu In Real Fashion pada 10 November ini.







#In Real Fashion #Looney Tunes #Pestle & Mortar Clothing
;