Whatssapp down! Kecoh di laman apabila semua netizen tidak dapat menghantar pesanan mesej melalui aplikasi tersebut.

Bukan sahaja di Malaysia, malah warga maya di seluruh dunia juga berdepan dengan masalah yang sama sehingga mewujudkan tanda pagr #WhatssappDown di Twitter kini menjadi trending.

“Ingat internet aku yang problem, rupa-rupanya memang Whatssapp tengah down la.

“Whatssapp down ke? Aku ingat phone aku problem. Baru ingat nak tukar phone tadi.

“Officemate aku dari tadi dok restart phone sebab ingatkan Whatssaap dia je yang problem,” antara komen-komen netizen di Twitter.

Manakala menerusi laman akaun rasmi Twitter kontraktor telekomunikasi mengesahkan perkara tersebut.

“Perhatian, kami sedang mengalami masalah teknikal dengan Whatssapp. Kami mohon semua pengguna mohon bersabar sebagaimana kami sedang menyelasaikan isu ini,” maklumnya.