Laman Utama

“When I Need Someone To Talk, Dia Akan Ada Walaupun Cerita Itu Tentang Arwah Sarah…” - Shuib Hargai Watie, Dedah Perangai Isteri

gempak
Mya Amri
24/06/2023
08:52 MYT
Sponsor Banner
“When I Need Someone To Talk, Dia Akan Ada Walaupun Cerita Itu Tentang Arwah Sarah…” - Shuib Hargai Watie, Dedah Perangai Isteri
Pelawak Shuib menyatakan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya bersama Watie Hanifiah selesai dan berjalan dengan lancar.
Malah sepanjang majlis berlangsung, anak-anak Shuib iaitu Uwais, Talita dan Mateen juga kelihatan sangat gembira.
Ditanya mengenai perihal isterinya, Shuib memberitahu Watie mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Keterbukaan Watie untuk menerima keadaan saya. Mungkin tak ramai orang macam dia yang saya boleh luahkan sebagai contoh kalau saya tak okay atau need someone to talk, dia akan ada walaupun cerita itu adalah tentang arwah Siti Sarah.
“Bagi saya itu luar biasa, dia tak ada cemburu atau apa sebaliknya dia amat memahami saya sebab arwah adalah cinta saya.
“Tapi cinta saya untuk dia sudah tentu hebat sebenarnya, sebab benda yang dia buat itu kita tidak boleh nak beli.
“Saya sebenarnya sangat menghargai dia sebab dia sangat luar biasa untuk anak-anak. Saya tak nampak siapa yang boleh beri kecuali dia.
“Dengan dia, mak saya dan juga anak-anak. Memang saya cakap syukur alhamdulillah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Shuib juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
“Petang sebelum akad nikah saya ada rasa sedikit berdebar tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
“Kami telah pun selamat di satukan. Kami harap semua orang yang selalu mengikuti perjalanan kisah kami, dapat mendoakan yang baik-baik. Insya-Allah,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gabra Momen 'Blackout', Air Mata Sebak Watie & Bapa Arwah Siti Sarah, Ini 10 Kisah Menarik Majlis Kahwin Shuib-Watie
ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Jadi Syuib! Nama Salah Eja Di Welcome Board, Wedding Planner Pantas Buat Damage Control! - “Kami Terus…”
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Saksikan Walimatul Urus Shuib dan Watie setiap Sabtu jam 9 malam mulai 24 Jun 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live