Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

WHO Luluskan Penggunaan Vaksin Sinovac, KJ Akui Tingkatkan Keyakinan

Asraf Aided
02/06/2021 05:50 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Sinovac.

Perkara itu secara langsung akan meningkatkan keyakinan pengambilan vaksin berkenaan.

Ia turut diakui Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

"Pengiktirafan global ini meningkatkan keyakinan ketika 12 juta bekalan vaksin Sinovac kita akan memastikan 18 peratus populasi negara ini mendapat manfaat daripadanya," tulis beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hari ini, WHO memberi kelulusan kepada vaksin COVID-19 keluaran Sinovac yang juga vaksin kedua buatan China itu untuk kegunaan kecemasan.

Pertubuhan itu juga sudah memuktamadkan kelulusan Sinovac yang kini diedarkan secara global.

Sebelum ini, WHO turut meluluskan vaksin Pfizer/BioTech, Moderna, Johnson & Johnson dan Astrazeneca yang dihasilkan di kesatuan Eropah (EU), India dan Korea Selatan untuk kegunaan kecemasan.


#KJ #Vaksin #COVID-19 #Sinovac