Bayangkan dunia tanpa WiFi?

Ada orang cakap WiFi ini macam 'best friends forever' (BFF). Kalau hilang kita akan cari sampai jumpa.

Tetapi tahukah korang apa itu WiFi? WiFi adalah singkatan 'Wireless Fidelity'.

WiFi berfungsi menggunakan frekuensi radio untuk menghantar isyarat satu isyarat kepada peranti yang lain.

Peranti lain yang menggunakan frekuensi radio termasuklah walkie-talkie dan radio kereta.

Jadi, untuk episod pembukaan siri STEMsasi ini akan berkongsi satu topik yang berkait rapat dengan WiFi yang ramai tidak tahu.

Tahukah bagaimana wi-fi dapat berfungsi membekalkan internet? Mengapa terdapat kelajuan internet yang berbeza? . Ketahui Langkah-langkah menggunakan Wi-Fi dengan bijak dalam episod ini. Saksikan pada jam 5 petang ini di Astro Ceria dan Astro GO! . #STEMSASI #LEVELUP

A post shared by Astro Ceria (@astroceria) on


Wafiy yang memegang watak utama suara akan berkongsi fakta menarik sepanjang tiga minit.

STEMsasi merupakan siri pertama di Malaysia yang bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran tentang STEM serta trivia yang tidak termasuk dalam silibus akademik.

Episod dalam siri ini mempunyai pengetahuan praktikal untuk membantu meningkatkan kehidupan harian melalui Sains dan Teknologi di samping mempelajari kemahiran baru yang menyeronokkan seperti animasi!

Mulai 16 September ini, STEMsasi akan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.