Wings Kembali Bikin Album Ke-18 Bersama Konsert

Elrafaei Sapi
Ogos 15, 2018 16:40 MYT
Kumpulan legenda rock, Wings membawa berita gembira buat peminat mereka apabila mengumumkan bakal menghasilkan album baru dan konsert.
Perkara itu diumumkan Wings secara tidak rasmi menerusi status mereka di Instagram, @sayap2wings hari ini.
"Sentiasa tampil dengan sesuatu yang lain dan segar. Nantikan konsert seterusnya serta album studio Wings yang ke 18!," katanya.
Dalam status yang sama, Wings juga memuat naik 2 foto mereka sedang mengadakan perbincangan.
Pastinya kemunculan album terbaru kali ini dinantikan ramai peminat tegar kumpulan rock itu apatah lagi tidak sabar untuk menyaksikan konsert terbaru mereka.
Apa yang membuatkan netizen di media sosial terhibur dengan status tersebut apabila Wings menggunakan jenaka watak Husin lakonan Datuk Awie dalam filem terbaru, Hantu Kak Limah.
"Per pe: Album baru, Per du: Konsert.
"Korang paham tak? Haha Ok nantikan pengumuman tidak berapa lama lagi," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @sayap2wings
#Awie #Wings #Sayap-Sayap Wings