Kemunculan legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek menerusi filem Olympic Dream mendapat pujian ramai.

Sungguhpun hanya sebagai cameo, Rashid memberikan sepenuh komitmen terhadap filem arahan Don Hoe itu.

Rashid berkata, peranannya di dalam Olympic Dream adalah sebagai pemberi perangsang kepada Anna yang mula berputus asa di dalam sukan badminton.

“Saya hanya cameo di dalam filem ini, tetapi pengalaman yang saya dapat memang mengujakan kerana sukan badminton sudah sebati dalam hidup saya.

“Menerusi Olympic Dream watak saya sebagai bekas pemain badminton negara yang datang memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada Anna.

“Pemain badminton ada jatuh bangunnya, jadi saat dia ‘down’ saya naikkan kembali semangat dia yang sudah bermain badminton dari kecil. Selanjutnya kena tontonlah,” katanya teruja.

Ketika ditanya pandangan mengenai Olympic Dream, Rashid berkata ia merupakan sebuah filem yang sarat mesej dan motivasi.

“Filem ini adalah sebagai satu galakan, memberi motivasi dan ada banyak pengajaran. Ia juga menyatukan kaum.

“Bukan dalam filem sahaja, malah di set penggambaran juga kami semua yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa sudah seperti satu keluarga.

“Kita bekerjasama, tolong-menolong di antara satu sama lain. Lagi pun bila bercerita tentang sukan ni, semua kaum pun suka.

“Sukan juga antara sebab yang mengeratkan silaturahim kita semua. Rakyat akan bersatu melalui sukan,” ujarnya.

Selain Rashid, legenda badminton lain yang turut mewarnai Olympic Dream ialah Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.

turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

Jadi, korang semua jangan lupa untuk saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang di pawagam rumah anda, Astro First bermula hari ini!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.