Filem aksi paling tunggu-tunggu, Wira bakal memulakan tayangannya bermula esok.

Diarahkan Adrien Teh, filem Wira menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii, Josiah Hogan dan Dain Said.

Malah filem ini turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda.

Namun pasti anda tertanya-tanya apakah yang menariknya Wira ini? Adakah wajib untuk ditonton?

Kami 5 ringkaskan perkara mengapa anda perlu menonton filem Wira.

#1 Pengarah Sama Menghasilkan PASKAL The Movie

Pada yang tidak tahu, Wira diarahkan oleh pengarah yang sama menghasilkan PASKAL The Movie.

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM30 juta, sekali gus menjadikannya sebagai satu daripada filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi Malaysia sehingga kini.

Rasanya tiada sebab untuk kita meragui karya daripada Adrian Teh ini bukan? Rekod cemerlangnya membuktikan filem Wira berbaloi untuk ditonton!

#2 Mungkin Filem Aksi Terbaik Pernah Dihasilkan Di Malaysia

Mungkin agak keterlaluan, namun itulah yang boleh dijanjikan kepada penonton.

Jika anda mengenali Yayan Ruhian, dia merupakan seorang pelakon seni bela diri yang cukup dikenali.

Malah, kesemua koreografi pertarungan dihasilkan oleh Yayan dan pasukannya sendiri.

Adrien Teh dan Hairul sendiri pernah menyatakan mereka kagum dengan Yayan kerana mampu menghasilkan koreografi hebat dalam tempoh yang singkat.

Gempak sudah pun menonton filem ini dan ia bukanlah cakap kosong guys! Aksi dalam filem Wira sangat padat!

#3 Barisan Pelakon Aksi

Barisan pelakon yang dipilih oleh Adrian Teh bukan sekadar pelakon yang 'kosong' dengan ilmu.

Difahamkan, pelakon utamanya Hairul Azreen mempunyai latar belakang dalam taekwondo dan Fify Azmi pula dalam bidang sukan tempur kickboxing.

Josiah Hogan pula telah mempelajari seni bela Muay Thai sejak empat tahun lalu manakala Ismi Melinda yang mempunyai asas ilmu dalam silat, seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan kickboxing.

Paling 'legend' pastilah Yayan Ruhian yang terkenal dengan seni bela diri, silat.

Jangan tak tahu Yayan pernah membintangi filem antarabangsa termasuklah Star Wars : The Force Awakens, The Raid, The Raid 2, Yakuza Apocalypse, dan terbaru adalah John Wick Chapther 3.

#4 Pertempuran Hebat Dua Watak, Buku Bertemu Ruas!

Hairul Azreen menggalas watak sebagai Hassan Munas yang digambarkan sebagai 'fighter' paling hebat di tempat kelahirannya.

Persoalannya, bagaimana jika Hasaan ini bertembung dengan lawan yang setanding dan sehebat dia? Kalah atau menang?

Anda perlu tonton filem ini nanti kerana anda bakal saksikan babak yang penuh 'intense' dan pasti buat penonton tak senang duduk.

#5 Pecah Rekod Tersendiri!

Belum tayang tapi filem Wira telah mencatat sejarah apabila menjadi karya tempatan pertama ditayangkan menerusi pawagam premium 4DX di Golden Screen Cinemas (GSC).

Pada yang tidak tahu, 4DX menyediakan lebih 20 tindak balas maya termasuk haba, asap, angin, getaran dan pergerakkan yang memberi peluang kepada penonton untuk merasai pengalaman sebenar.

Bayangkan jika segala fungsi ini digunakan pada tayangan filem Wira, hebat bukan?

Gempak berkesempatan untuk merasai sendiri kehebatan teknologi ini dan ternyata pengalaman menonton Wira 4DX lebih menyeluruh.

Adegan berlawan terasa lebih impak, malah efek getaran pada setiap pukulan dalam filem ini menjadikan ia lebih dinamik.


Jadi adakah anda wajib tonton filem ini?

Jawapannya yes guys, rugi jika anda tidak menyaksikan karya terbaru Adrian Teh ini yang sememangnya padat dengan aksi lawan.

Pendek kata, filem Wira telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk filem aksi tempatan.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok, 21 November ini.