Syarikat teknologi terkemuka dari Singapura, BIGO Technology (BIGO) bakal menganjurkan BIGO Awards Gala 2021 pertengahan Januari ini.

Seperti sedia maklum, pandemik COVID-19 yang melanda dunia memberikan banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat terutamanya dari segi sosial dan fizikal.

Malah sebahagian besar majlis atau acara hiburan juga telah ‘berpindah’ ke persekitaran maya yang menyebabkan streaming secara langsung muncul sebagai saluran terbaik untuk menghubungkan masyarakat dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman alam nyata.

Lebih daripada 72 buah keluarga yang dibentuk oleh kumpulan pengguna dalam aplikasi Bigo Live dan sebanyak 78 penyiar akan diberikan penghormatan di acara Gala tahunan berkenaan.

BIGO juga merancang untuk mengentengahkan kejayaan setiap pengguna sepanjang tahun. Pemenang akan diberikan mengikut empat kategori.

Menariknya lagi, mereka yang terpilih tahun ini berasal dari 150 buah negara dan wilayah yang berlainan di seluruh dunia.

Berikut merupakan empat kategori yang dimaksudkan.

1.Top Regional Broadcaster
2. Top Regional Family
3. Top Global Broadcaster
4. Top Global Family


Uniknya lagi, acara ini juga akan menampilkan persembahan dilakukan oleh penyiar sendiri antaranya tarian api, set DJ, tarian K-pop dan lagu-lagu Urdu.

A post shared by Bigo Live Malaysia Official (@bigolive.malaysia)


Dengan lebih dari 400 juta pengguna global secara keseluruhan, persembahan ini bertujuan untuk menunjukkan pengguna dari pelbagai negara yang memanfaatkan Bigo Live setiap hari.

Gala tahun ini juga akan merangkumi acara baru dan menarik bagi penonton. Paling cool bila penonton juga diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

Caranya, dengan memilih penyiar, keluarga dan persembahan kegemaran mereka, ahli penonton akan mendapat tiket yang boleh digunakan dalam cabutan bertuah sebagai balasannya.

Sebilangan hadiah tahun ini juga merangkumi bantal Dino serta hadiah maya seperti loket, barang kemas, lencana dan pingat yang direka khas untuk Gala.

Berikut merupakan antara segmen interaktif bersama penonton:

1. Pengundi dan undian untuk penonton melalui aplikasi Bigo Live di mana penonton dapat membuat tinjauan untuk kategori ‘Most Popular Family’, ‘Most Popular Broadcaster’ dan ‘Top Performance’ (x 3 spots).

2.Cabutan bertuah untuk semua penonton.

3.Penonton dapat menyokong penyiar atau keluarga kegemaran mereka melalui hadiah maya

Tiga penyiar popular di Malaysia yang dimaksudkan adalah:

1.Joanne Tan - BIGO ID: Joannebaby
2.Iris - BIGO ID: iriscosplayerm
3.Louisa - BIGO ID: sixonethree


BIGO AWARDS GALA 2021 akan berlangsung pada 21 Januari, jam 8 malam.

Untuk menonton, anda boleh layari aplikasi Bigo Live.

Untuk yang belum mempunyai aplikasi berkenaan KLIK SINI

Jadi jangan lupa temu janji korang bersama BIGO ya dan jangan lupa menggunakan hashtag rasmi #bigo #bigolive #bigoawardsgala2021 dan #BIGOlightsuptheworld.