Pelakon Saiful Apek mendedahkan kumpulan Senario bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Berita gembira itu didedahkan Apek menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya semalam.

Menurut Apek, dia berharap agar segala urusan yang melibatkan Senario akan dipermudahkan.

"ADA LAGI SENARIO" arahan @azizmosman #ComingSoon #AkanDatang (tahun depan IN SHAA ALLAH, tak pasti lagi bila) doakan kami, semoga dipermudahkan segala urusan) #AdaLagiSenario @senariounion,” tulisnya.

arahan @azizmosman #ComingSoon #AkanDatang (tahun depan IN SHAA ALLAH, tak pasti lagi bila) doakan kami, semoga dipermudahkan segala urusan) #AdaLagiSenario @senariounion

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya meluahkan rasa tidak sabar termasuklah pelakon filem Wira, Hairul Azreen.

“Yeahhhhh!” tulis @hairulazreen.

“Semoga dipermudahkan, tak sabar menunggu filem senario keluar dipawagam nanti, confirm pecah panggung la nanti,” komen @didashanizz

Terdahulu, Senario pernah muncul dengan drama dan filem seperti Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Senario XX dan banyak lagi.