,
Hiburan

Wolverine Bagi Salam, Captain Marvel Pula Pakai Tudung… Babak Dalam Komik ‘Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel’ Tarik Perhatian Netizen

Asyraf Roslan
07/09/2024
04:41 MYT
Perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Muhd Ariffin mengenai satu terbitan komik daripada Marvel Comics menerusi edisi terbaharu yang berjudul Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel telah menarik perhatian ramai.
Ariffin telah berkongsi babak-babak dalam komik tersebut yang memperlihatkan beberapa karakter Marvel telah menghadiri satu majlis tahlil.
Menurut Ariffin, dalam babak komik tersebut telah menyaksikan komuniti Muslim New Jersey di timur laut Amerika Syarikat telah mengadakan majlis tahlil buat Ms. Marvel iaitu Kamala Khan.
“Program ini dikendalikan oleh Sheikh Abdullah selaku imam dan ketua pentadbir bagi masjid di New Jersey ini. “Terdapat ramai karakter Marvel yang dijemput ke majlis ini untuk memberi penghormatan terhadap arwah,” katanya di Facebook.
Menerusi beberapa tangkap layar yang dikongsikan, terdapat babak iaitu Logan memberi salam dan kata-kata positif kepada ayah Kamala.
Lebih menarik ada juga babak yang menyaksikan Iron Man membuka kasut sebelum masuk ke Masjid dan Captain Marvel memakai selendang.
Bagi Ariffin, dengan penerbitan komik ini, ia menyaksikan Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya
“Ternyata Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya masyarakat yang harmoni. Terbaik,” ujarnya.
Meskipun perkara ini dilihat menarik kerana Marvel berkongsi berkenaan dengan agama islam namun ada segelintir pengguna Facebook meminta supaya peminat berhati-hati kerana takut ada muslihat sebalik penerbitan komik tersebut yang dianggap sebagai jarum-jarum halus.
Sedikit Info, Ms. Marvel merupakan adiwira Muslim pertama dalam Marvel Universe dan muncul buat pertama kali dalam komik pada tahun 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Figurin Iron Man Harga RM10K Didakwa ‘Dipecahkan’ Oleh Anak Pengunjung, Respons Pemilik Restoran Bikin Netizen Sejuk Hati

gempak
02/01/2024
04:55 MYT
Fuh, nasib baik
Laman Utama

Beri Teladan Tak Baik, Bapa Beri ‘Iron Man’ Dadah Sejak Usia 6 Tahun

gempak
05/12/2022
14:50 MYT
Robert Downey Jr mendedahkan dirinya sudah mengenali dan mengambil dadah sejak kanak kanak.
Hiburan

I Love You 3,000! Iron Man Muncul Di Sabah, Beri Sumbangan Sempena PKP!

gempak
21/04/2020
10:51 MYT
Gaya Hidup

Terbaik Diantara Yang Terbaik, Ini 5 Filem Marvel Paling Epik Pilihan Gempak!

gempak
31/07/2019
11:39 MYT
Gaya Hidup

Avengers Assemble! Pameran Marvel Studio Akhirnya Diadakan Di Malaysia

gempak
28/06/2019
00:05 MYT