Wonder Woman, Gal Gadot Umum Hamil Anak Ketiga

Azwa Rahman
Mac 2, 2021 15:18 MYT
Aktres jelita antarabangsa Gal Gadot, 35, mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga.
Meenrusi laman sosial Instagram, pelakon adiwira Wonder Woman itu berkongsi sekeping foto bersama keluarganya sambil memegang perut.
“Here we go again”, tulisnya ringkas sebagai kapsyen foto.
Perkongsian itu dibuat sebaik sahaja Gadot menghadiri karpet merah Anugerah Golden Globe Ke-78 di Beverly Hills semalam.
Di ruangan komen, ramai peminat meninggalkan komen teruja dan berharap pelakon itu memperoleh anak lelaki pula.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 4 juta tanda suka daripada peminat seluruh dunia.
Gadot kini bahagia bersama suami Yaron Varsano, dan dua anak perempuan, Maya, 3, dan Alma, 2 tahun.
#Gal Gadot #Wonder Woman #Selebriti hamil