Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Wonderful Man I Love" - Neelofa Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Jadi PU Riz

Amri Hassan 02/05/2021 | 06:08 MYT
Sempena hari ulangtahun kelahiran ke-26 pendakwah bebas PU Riz, isterinya Neelofa tampil melayangkan ucapan istimewa di Instagramnya.
Tulis Neelofa, pengacara dan usahawan terkenal itu menyifatkan PU Riz sebagai seorang lelaki mengagumkan yang dicintai.
"To the wonderful man I love, Happy Birthday. May Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ shower His Blessing upon you and join you together in Piety and Taqwa.
"May Allah, give us the love which He had blessed Muhammad صَلَّى ٱللّٰهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ with Khadija رضي الله عنها . Amiin," tulisnya.
Ucapan Neelofa itu dibalas PU Riz.
"Terima kasih zaujah atas ucapan dan doa yang istimewa. Semoga diberi kehidupan berkat selamatnya. Love you sayang," tulis PU Riz.
Ruangan komen akaun Instagram Neelofa terus dipenuhi dengan ucapan daripada rakan selebriti dan peminat mereka.
#Viral #Neelofa #Hari Jadi #PU Riz #Ucapan
;