Berita
"The World Is A Beautiful Place. Kalau Hampa Tak Suka, Hampa Jangan Follow Kami" - Catriona Ross
Jadi selebriti bukan semua aktiviti netizen suka walaupun sekadar berkongsi gambar makanan di media sosial.
Pengalaman itu dilalui pelakon popular, Catriona Ross yang turut dikecam segelintir netizen di ruangan Instagramnya, @catrionabrianross baru-baru ini.
Ujar pelakon drama popular Sephia ini, dia menerima mesej negatif daripada beberapa netizen yang memberikan komen terhadap 'posting' makanan sihat yang dimuat naik menerusi laman sosial tersebut.
"Seminggu dua ni i dapat a few nasty messages. Susah hati tengok i post healthy menus i. Oh well.. Its ok. If 5% tak suka tapi 95% lagi appreciate and sampai tanya resipi thru DMs, mintak videos on how to prep meals, then i guess yang 5% tu probably are just unhappy kot.
"I mean you must be terribly unhappy kan otherwise kita takde masa nak negative dengan others kan? So i wish you guys reach your happiness soon. Amiin to that," katanya dalam statusnya semalam.
Catriona bagaimanapun tidak cepat melenting apabila mengambil pendekatan bersikap positif dan berbaik dengan sesiapa saja.
"The world is a beautiful place. Kalau hampa tak suka, hampa jangan follow kami naa sebab kami takdak masa layan negativity tau. Lots of love, Cat," katanya.
Ramai netizen juga memberi kata-kata sokongan pada selebriti itu agar kuatkan semangat dan mendoakan dimurahkan rezeki selalu.
"Betul tu good clean hearth and control the sharpness of the tongue will bring better peace life.. May stay bless," kata netizen @riqthesky.
Begitu juga, netizen @mathnirazak7 berharap Catriona tidak melayan komen negatif netizen berkenaan.
"Macam2 perangai n "peel" manusia skrg ni...mgkin ada penyakit PHD laa tuu...be positive...keep positive...n smga yg dtg n kemvali pada kita pon yg baik2 jg...Aminnn @catrionabrianross," kata netizen @amoyzatanz.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @catrionabrianross
Must-Watch Video