World Cup Qatar 2022: Ramalan Unta Psikik Tepat! England Pesta Gol, Tewaskan Iran 6-2

Mya Amri
November 21, 2022 20:45 MYT

Pembukaan kumpulan B bagi kempen Piala Dunia Qatar 2022 menyaksikan kemenangan cemerlang England.

England berjaya menewaskan Iran dengan jaringan gol 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Isnin.

Bukayo Saka telah membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu mendahului menerusi separuh masa pertama.

Manakala Jude Bellingham juga turut menyumbang jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa sebelum Raheem Sterling melakarkan gol ketiga buat The Three Lions.

Babak kedua pula menyaksikan Saka sekali lagi menjaringkan gol dan Marcus Rashford serta Jack Grealish melengkapkan kemenangan England.

Terdahulu, seekor unta psikik bernama Camilla atau digelar Mystic Millie meramalkan kemenangan England pada aksi Piala Dunia Qatar 2022.

Malah pada Ahad, Mystic Millie diberi tugasan untuk meramalkan pemenang perlawanan antara England dengan Iran.

Sewaktu proses pemilihan berlangsung, Millie tidak teragak-agak dan terus berjalan ke arah bendera England seolah-olah memberikan gambaran kemenangan kepada pasukan tersebut.

Dengan kemenangan England menentang Iran sekaligus membuktikan ramalan si unta psikik itu tepat.

Kredit foto: FIFA WORLD CUP

#Bola Sepak #England #Iran #Ramalan #Piala Dunia Qatar 2022 #Unta #World Cup 2022 #Pesta Gol #Piala Dunia 2022 #Unta Psikik #World Cup Qatar 2022