Hiburan
Wow! 5 Pengarah Ini Hasilkan Filem Guna Telefon Pintar Je...Ini Antara 5 Tips Anda Boleh Rujuk!
Zaman makin canggih, namun siapa sangka rupanya kita sudah mampu menghasilkan filem dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Malah, pada acara Huawei Film Awards yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, lima karya filem pendek telah dipertontonkan.
Apa yang menarik kesemua karya berkenaan dihasilkan sepenuhnya menggunakan telefon pintar.
Antara pengarah yang terlibat termasuklah Jess Teong, Tuan Faizal, Nik Amir, Krill Azry, Gavin Yap.
Menerusi penerangan mereka, ini antara lima tips yang anda boleh jadikan sebagai rujukan.
#1 Kuasai Mod Pro
Telefon pintar memang sudah dilengkapi dengan fungsi kamera hebat terbina di dalamnya.Namun jika anda mahukan penggunaan yang lebih menyeluruh anda boleh cuba fungsi pro yang terdapat pada kamera anda.
#2 Pelbagaikan Gaya Penggambaran Seperti Mod Gerak Perlahan atau ‘Slow Motion’
Tambahkan sedikit drama dalam video anda dengan penggunaan slow motion. Periksa kadar frame rate kamera anda sekiranya ia mampu merekod dengan lebih perlahan hingga 7,680 fram per second (fps).
#3 Jangan Takut Pada Air
Menerusi tayangan filem pendek semalam, terdapat beberapa babak daripada pengarah menggunakan penggambaran dalam air.Gaya sebegini memang berani tapi pastikan telefon pintar anda mampu 'menyelam' terlebih dahulu.
#4 Tambah ‘Color Grading’
Untuk menjadikan filem anda tampak lebih menyerlah anda boleh gunakan fungsi 'color grading'.Anda boleh muat turun beberapa aplikasi suntingan video yang dilengkapi fungsi tersebut.
Dalam pada itu, menerusi acara Huawei Film Awards itu juga mereka turut mengumumkan pertandingan menghasilkan filem pendek berdurasi lima hingga 10 minit bertemakan Empowering Your Possibilities.
Penyertaan itu terbuka untuk peserta Malaysia dan tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 11.59 malam, 25 Februari 2020.
Keputusan pula akan diumumkan pada 6 Mac 2020.
Filem Terbaik Asia Pasifik di Huawei Film Awards akan membawa pulang hadiah utama wang tunai AS$20,000 (RM82,000).
Must-Watch Video