Wow, Ayam Goreng Jadi Hantaran? Habis Satu Rumah Berbau!

Hanafis Haris
Julai 11, 2019 10:47 MYT
Nampak gayanya, barangan hantaran pertunangan dan perkahwinan mengalami ‘evolusi’ tahun demi tahun.
Ada saja yang ‘barang’ baru dan unik digunakan sebagai hadiah untuk bakal pengantin.
Terbaru, makanan kegemaran rakyat Malaysia, ayam goreng KFC digunakan sebagai hantaran!
Hantaran berupa ayam goreng KFC ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Ayuyuyu.
Menurutnya, kejadian itu terjadi ketika majlis pertunangannya baru-baru ini.
Menurut gadis itu, pada awalnya, dia meletakkan ayam goreng sebagai sebahagian daripada makanan untuk hantaran.
"Biasa orang tunang bagi makanan, manisan. Tinggal satu dulang je tak tahu nak bagi apa, tunang pun tak ada idea so apa lagi tengoklah apa jadi list paling last sekali.
"Tapi aku tak sangkalah dia letak sebagai hantaran, ingatkan tak jadi. Aku keluar je gi depan mata terus nampak kotak KFC pastu mulalah senyum kambing depan semua orang," katanya.

sebab aku suka sangattt ayam goreng! so yaaa?untung dapat tunang yang memahami hahaha semorang gelak sbb kfc jadi hantaran pic.twitter.com/WI74sMBDM6

— ? (@ayuyuyuyuuu) July 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas gadis itu juga, hantaran ayam KFC itu turut membuatkan satu rumah berbau ayam goreng.
"Malu! Tak penah ke orang buat ayam goreng jadi hantaran?
"Habis satu rumah bau ayam KFC," katanya.
Sehingga kini ‘tweet’ gadis berkenaan telah dikongsi sebanyak 6,000 kali dan menerima 5,600 likes.
Rata-rata netizen terhibur dengan posting berkenaan hingga ada diantaranya yang meminta KFC supanya menaja mereka untuk majlis perkahwinan nanti.
Anda boleh lihatnya di bawah:

HAHHAHAHAHHAHAHA COMELNYA WEHHH

— señorita (@jajalipa) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wowww this is so rare! Nak try lahhh nanti.

— nadia (@NvdzirvNad) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Twitter #Ayam Goreng