Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar telah menduduki tempat pertama dalam carta Top 10 Movies @ GSC meskipun baru mula ditayangkan semalam.

Meskipun diasak dengan kehadiran filem terbaru Hollywood seperti Angel Has Fallen dan The Angry Birds 2, rata-rata penonton tetap memilih untuk menonton Sangkar.

Perkara itu turut dikongsi Mira Filzah yang membintangi filem tersebut menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Alhamdulillah, terima kasih semua, orang utagha kalau nak jumpa pelakon-pelakon Sangkar, jangan lupa singgah Aman Central dan Aman Jaya hari ni okay!" tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Sangkar.

Alhamdulillah. Terima kasih semua! ❤️ Orang utaghaaaa kalau nk jumpa pelakon pelakon Sangkar, jangan lupa singgah Aman Central dan Aman Jaya hari ni okay?! Nanti tour dkt JB, Mira turun pula InshaAllah! ? #SangkarMovie ??

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!