Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow! Batman Nak Berlakon Dalam Filem Terbaru Thor? Macam Mana Pulak Tu?

Hanafis Haris
07/01/2020 09:24 MYT
Baik peminat Marvel mahupun DC Comics, khabar angin mengenai pelakon Christian Bale bakal menyertai Marvel Studios menerusi filem Thor : Love and Thunder pastinya menimbulkan perasaan bercampur baur.

Ini kerana Bale cukup dikenali sebagai pelakon yang memegang watak Bruce Wayne/Batman dalam trilogi Dark Knight, arahan Christopher Nolan.

Menerusi laporan Reporter Hollywood, Bale kini sedang dalam tempoh perundingan untuk menyertai barisan pelajon ‘Thor : Love and Thunder'.

Walaubagaimanapun, watak yang bakal dibawa Bale masih menjadi tanda tanya.

Untuk rekod, Chris Hemsworth yang memegang watak Thor bakal kembali ke Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi Love and Thunder pada 2021.

Pelakon Natalie Portman juga turut kembali memegang watak Jane Foster.

Filem tersebut bakal menerima sentuhan pengarah yang sama menghasilkan Thor : Ragnarok iaitu Taika Waititi.
#Marvel #DC