Ketika kita masih berhadapan pandemik COVID-19, penjagaan kesihatan dan kebersihan rumah amatlah dititikberatkan oleh semua orang.

Memandangkan ramai yang duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan dari kita menyedari banyak peralatan di rumah sudah mula rosak, kotor dan perlu diservis semula.

Usah risau, anda boleh mendapatkan Servis - Servis Penjagaan dan Pembersihan Kediaman Profesional dari WonderKlean yang sangat memudahkan urusan pembersihan di rumah anda. Lebih-lebih lagi dengan promosi terbaharu WonderKlean, iaitu Double Klean, Double Deal, pelanggan mempunyai kebebasan untuk pilih dan padan mana-mana dua servis penjagaan dan pembersihan kediaman professional yang diperlukan dari WonderKlean pada satu harga berpatutan! Dengan RM500 sahaja, anda dapat menghilangkan kerunsingan anda membersihkan rumah.

Promosi Double Klean, Double Deal WonderKlean merangkumi servis seperti Servis Pembasmian Kuman dan Virus, Servis Pembersihan Peralatan Dapur dan Servis Pembersihan Tilam. Dengan pasukan servis CUCKOO+ yang terlatih serta SOP yang ketat, kesemua servis penjagaan dan pembersihan kediaman WonderKlean akan dijalankan secara professional serta dijamin selamat dan efektif.

Kenapa Pentingnya Pembasmian Kuman & Virus?

Kerja-kerja pembasmian dalam bangunan secara kerap sememangnya diperakui akan kepentingannya. Virus dan bakteria yang tidak boleh dilihat, wujud di dalam kawasan tertutup yang sesak. Kita semua terdedah kepada ancaman yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar ini dan itulah sebabnya kita harus lakukan pembasmian kuman dan virus.

Tablet disinfeksi yang digunakan dalam Servis Pembasmian Kuman dan Virus WonderKlean mampu menyingkir sehingga 99.9% bakteria, virus dan kulat pada kadar kepekatan yang rendah.

Ia juga mewujudkan ruang yang selamat serta memberikan perlindungan, khususnya buat mereka yang memiliki daya ketahanan yang lemah seperti mereka yang berusia, kanak-kanak serta pesakit. Bukan itu sahaja, pembasmian kuman dan virus juga mampu mengurangkan risiko penyakit berjangkit yang disebarkan oleh haiwan.

Kenapa Pentingnya Pembersihan Dapur?

Kebersihan dapur juga tidak kurang pentingnya. Di sinilah tempat kebanyakan suri rumah menyediakan hidangan untuk yang tersayang. Dapur yang tidak bersih akan mewujudkan suasana yang tidak selesa dan boleh memudaratkan kesihatan.

Dengan SOP ketat dari Servis Pembersihan Peralatan Dapur WonderKlean, dapur anda akan dibersih serta disanitasi dengan penstrilan 130 darjah Celcius.

Kenapa Pentingnya Pembersihan Tilam?

Tilam amat penting untuk digunakan ketika kita berehat dan tidur pada waktu malam. Kebersihan tilam penting untuk mengelakkan risiko sebarang jangkitan ketika kita baring di atasnya. Servis Pembersihan Tilam WonderKlean berdasarkan ‘Triple Supreme Deep Cleaning’ yang memastikan penyedutan sempurna (2x powerful suction), pembersihan hidro (Hydro Cleaning) dan penyingkiran hama dan pepijat (All-in Hunting).

Bagi pembersihan hidro (Hydro Cleaning), ia menggabungkan dua teknik pembersihan iaitu H20 Storm Cleaning (teknik basah) dan Anti-gravity Cyclone Trap (teknik kering) bagi menjamin hasil atau pembersihan yang efektif. Selain itu, servis pembersihan ini juga memastikan tilam kita bersih dan bebas daripada hama dan pepijat dengan penyedutan kotoran dua kali ganda dan teknik All-in Hunting.

Tunggu apa lagi? Dapatkan servis penjagaan dan pembersihan kediaman professional dengan promosi Double Klean, Double Deal WonderKlean segera! Klik di sini (embed : https://wonderklean.com.my dan layari Facebook WonderKlean (embed : https://www.facebook.com/wonderkleanofficial) untuk maklumat lanjut.