Berita
"Wow! Betul-Betul Dia Wish Eh?" - Fizz Fairuz Buat Kejutan 'Hadiahkan' Mimi Peri Sempena Birthday Almy Nadia
Setiap orang pasti ingin meraikan sambutan ulang tahun kelahiran dengan insan tersayang di sisi.
Bagi mereka yang punya pasangan, sudah pasti inilah momen terbaik untuk mereka menzahirkan penghargaan kepada pasangan masing-masing dengan memberikan hadiah yang cukup bermakna.
Bagi pelakon Datuk Fizz Fairuz sendiri, sambutan ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Datin Almy Nadia yang genap usianya 34 tahun semalam, benar-benar mencuri tumpuan netizen di Instagram
Mana tidaknya, sempena hari istimewa tersebut, Fizz menghadiahkan nyanyian dan ucapan istimewa daripada selebriti media sosial Indonesia yang popular dengan karakter lucu, Mimi Peri.
"Hahaha.. ucapan khas untuk darling @almynadiaofficial, terimalah ucapan khas dari kayangan. Semoga sukses selalu buuuuuu haha....mama... @mimi.peri wish tu tau... haha, aku senak nak gelak haha," tulisnya di ruangan kapsyen.
Mimi Peri yang mempunyai lebih 1.6 juta pengikut dikenali dengan karakternya yang mencuit hati yang sering menggelarkan dirinya sebagai orang kayangan.
Apa yang istimewanya, dalam ucapan tersebut, Mimi Peri turut menyebut nama Datin Almy Nadia.
Situasi itu sekali gus menyebabkan ramai pengikutnya terkejut kerana tidak menyangka ia menye
"Macam mana boleh kenal?
"Wow! Betul-betul dia wish eh? Terbaiklah Datuk.
"Uishhhh istimewa punya ni siap ada nama, Datuk tempah," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Dalam pada itu, Almy turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berusaha mendapatkan ucapan istimewa daripada Mimi Peri.
"Sayang, terima kasih tau sebab ambik video Mimi Peri kat Mama," katanya dalam satu entri di Instagram miliknya.
Terdahulu, pasangan itu turut meniru karakter Mimi Peri sebagai bahan jenakan dalam beberapa posting di Instagramnya.
Apapun, saksikan drama lakonan Fizz Fairuz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-
Must-Watch Video