Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wow, Cantiknya! Jangan Buang Perabot Lama, Tapi Baharukannya!

Badrul Hashim
09/07/2020 06:30 MYT
Perabot-perabot lama seperti almari, kerusi, meja dan sebagainya selalu menjadi bahan buangan hanya kerana ada sedikit kerosakan. Mungkin kita juga selalu memikirkan sudah tiba masa untuk menukarkannya dengan yang baru.

Sangat rugi jika perabot-perabot lama yang masih lagi boleh digunapakai dibuang begitu sahaja. Kebanyakannya merupakan perabot turun-temurun yang dibeli oleh ibu bapa atau datuk dan nenek kita.



Jika anda mempunyai tangan yang berseni, tidak salah mencuba untuk memperbaikinya terlebih dahulu, tetapi jika anda rasa anda tidak boleh melakukannya, anda boleh menghantar ke kedai untuk membaik pulih keadaan perabot tersebut.

Menurut pereka dalaman Syaza Saifuddin, ia merupakan peluang bagi sesiapa yang berminat menjadi lebih kreatif dalam membaik pulih sesuatu perabot itu.



"Modal untuk membaik pulih perabot lama jauh lebih murah berbanding membeli perabot baru di pasaran. Apatah lagi perabot tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

"Lebih menarik, perabot yang dibaik pulih sangat unik kerana hanya anda yang memilikinya dan tidak ada yang sama dengannya," kata Syaza yang memiliki Master's Degree dalam bidang Interior Design dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).



Anda boleh menghantar ke kedai membaiki alat perabot untuk memperbetulkan apa yang perlu. Kemudian anda boleh memilih untuk mewarnakan perabot tersebut dengan warna kesukaan anda yang menepati hiasan di dalam rumah.



"Saya buat kajian untuk beli kain dan menggunakan rujukan-rujukan seperti di aplikasi Pinterest yang banyak memberikan pendedahan kepada saya tentang barangan lama yang boleh digunakan kembali.



"Sayang sekali jika perabot yang masih boleh diperbaiki dan 'diperbaharui', dibuang begitu sahaja. Jika boleh di baik pulih, tak perlu dibuang dan hanya menambah kepada sisa buangan," ulas Syaza lagi.



Jika anda berminat untuk mendapat khidmat Syaza sebagai pereka dalaman, mahupun membaik pulih perabot-perabot lama, anda boleh ke Instagram miliknya iaitu syazaofalltrades.

Kredit Gambar: Instagram @syazaofalltrades

#Perabot #Baik Pulih
;