Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Wow Cool Betul! Selepas Pawagam , Kini Sarkas Pula Dipersembah Secara Pandu Masuk

Mya Amri
20/07/2020 13:34 MYT
Setelah empat bulan tidak dapat membuat persembahan akibat penularan COVID-19, akhirnya badut, penjugal dan seniman di Sarkas Estoril, Rio de Janeiro kembali beraksi, lapor Awani.

Bagaimanapun, mereka perlu melakukannya dalam norma baharu iaitu mengadakan persembahan sarkas secara pandu masuk.

Kaedah itu terpaksa dilakukan demi memastikan penjarakan sosial dan mengekang penularan pandemik COVID-19.

Persembahan alternatif yang akan berlangsung di dalam khemah itu diilhamkan daripada pelaksanaan pawagam pandu masuk.

Khemah yang disediakan itu mempunyai kapasiti untuk 40 kenderaan dan harga tiket pula dikenakan bagi setiap kenderaan yang masuk iaitu antara AS$15 hingga AS$20 (RM63.98 hingga RM85.31).



Menariknya, pengunjung yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan dan garis panduan yang ditetapkan pihak sarkas.

Perkara itu dapat dilihat apabila orang ramai menghargai persembahan sarkas norma baharu tersebut dengan menyalakan lampu kereta dan membunyikan hon.

Sumber: Astro Awani
#COVID-19
;