"Wow!! Dah Nak Dekat Ni" - Kongsi Gambar Pre-Wedding, Peminat Tak Sabar Menantikan Majlis Sufie Rashid

Rozaimi Zubaidi
Ogos 4, 2019 05:08 MYT
Penyanyi Sufie Rashid bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Nurulain Md Yusof pada 21 September ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sufie dan Nurulain telah berkongsi gambar pre-wedding mereka yang diadakan di Melbourne, Australia, baru-baru ini.
"Keretapi dah sampai, tok kadi bila lagi? #SAH," tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen ramai mengakui tidak sabar untuk menunggu tarikh mereka ini disatukan dan mendoakan segala perancangan Sufie dan Nurulain akan dipermudahkan.
"@aishah3066: Wow!! Dah nak dekat ni."
"@_imirxxhh: Hamboiii captionnnnnn. Sabar ye lagi 1 bulan 20 hari."
"@dewi_asmara: This is amazingly beautiful besides the sense of romantic."
"@haziqjamaludin: Babe cantiklah, boleh tak nak benci. @nuraaen can’t wait for AenXSufi #sah."
Sufie dan Ain telah bertunang pada 15 Disember 2018 di kediaman pihak perempuan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum ini menurut laporan media, Sufie menjelaskan majlis pernikahannya itu akan diadakan di Kuala Lumpur diikuti majlis bersanding pihak perempuan pada keesoakan harinya, 22 September 2019.
Sebuah majlis persandingan turut bakal diadakan di sebelah pihaknya di Singapura pada 28 September depan.
#Penyanyi #Penyanyi #Sufi