Berita baik buat anda yang masih bujang dan mempunyai pendapatan sederhana, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah pun membuka permohonan sewa bilik yang hanya serenda RM100.

Tawaran ini khusus untuk golongan bujang berpendapatan rendah yang menetap di ibu kota.

Menurut DBKL mereka hanya akan menerima sebanyak 188 penyewa pada fasa pertama dan 135 penyewa pada fasa kedua.

Permohonan pula hanya dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 35 tahun dan bekerja di Kuala Lumpur saja.

Paling penting berpendapatan mereka haruslah bawah dari RM2,000 dan tidak memiliki rumah atau kereta.

Anda boleh mula membuat permohonan mulai bulan Ogos ini secara atas talian. Boleh isi permohon di sini.