Wow! Dengan 6 Kamera AI Portrait, OPPO A93 Memang Canggih. Inilah Baru Bergaya! #AceYourStyle

Badrul Hashim
Oktober 27, 2020 08:00 MYT
Telefon pintar kini bukan sekadar alat berhubung, tetapi juga menjadi satu alat teknologi bergaya untuk anda bawa ke mana jua. Apatah lagi fungsinya melebihi sekadar skrin yang besar, malah merangkupi kamera yang boleh melakukan apa sahaja selain bentuk telefon yang bergaya.
OPPO A93 merangkumi kesemuanya. Dihasilkan melalui teknologi yang bergaya dengan luaran matte berkilat, serta juga perkakasan dan perisian yang sangat berkuasa. Direka untuk generasi trendsetter, OPPO A93 menggunakan teknologi yang sangat memudahkan tanpa berkompromi tentang gaya. OPPO A93 adalah telefon pintar pertama dalam julat harga ini yang menawarkan enam kamera potret AI, biasanya hanya boleh didapati pada telefon pintar kelas mercu dan pertengahan.
1. 6 Kamera AI Portrait
Setiap momen sememangnya harus disimpan dengan sempurna dan diingati sentiasa. OPPO A93 dilengkapi dengan system kamera hadapan 48MP Quad Dua Kedalaman. Di bahagian belakang, adalah kamera utama 48MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera 2MP Mono dan kamera 2M Mono, manakala di bahagian hadapan mempunyai kamera utama 16MP dengan kamera 2MP kedalaman.
AI Color Portrait
AI Color Portrait OFF AI Color Portrait ON
AI Color Potrait OPPO A93 akan menyimpan warna subjek yang diambil dan pada masa yang lama memudarkan warna di belakang pada warna hitam putih. Sangat menarik untuk dikongsi di Instagram. Potret Warna AI boleh digunakan untuk kamera hadapan dan belakang, dan sehingga tiga orang dalam satu gambar.
AI Super Night Portrait
AI Super Night Portrait OPPO A93 vs Jenama X
Ambil gambar selfie yang terang walaupun pada waktu malam dengan AI Super Night Portrait. OPPO A93 menggunakan siri-siri algoritma termasuklah HDR, pengecaman wajah dan memberi penekanan untuk potret yang lebih cerah, lebih jelas dan lebih berkualiti pada waktu malam. Ciri ini hanya terdapat pada kamera hadapan dalam Night Mode.
AI Night Flare Portrait
AI Night Flare Portrait OFF AI Night Flare ON
Jadikan gambar-gambar malam anda kepada karya yang menakjubkan. AI Night Flare Portrait menggabungkan kesan bokeh dan algoritma rendah cahaya HDR untuk menerangkan gambar anda di samping menambah kesan bokeh di bahagian belakang. Ianya menghasiakn kesan cahaya lampu pada bahagian belakang gambar dan menaikkan tona kulit pada subjek untuk imej yang sangat menarik. Ciri ini terdapat pada Portrait Mode.
Dual Lens Bokeh
Penggunaan mod Dual Lens Bokeh pada kedua-dua gambar
Dengan Dual Lens Bokeh pada OPPO A93, kesan bokeh boleh ditambah pada imej dengan lebih daripada seorang dan juga pada video. Menggunakan solusi peralatan dan perisian, OPPO A93 membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih daripada seorang tanpa mengaburkan orang lain di dalam gambar tersebut. Terdapat pada kamera hadapan sahaja.
AI Super Clear Portrait
AI Super Clear Portrait OFF AI Super Clear Portrait ON
Semuanya akan kelihatan jelas apabila anda mengambil gambar menggunakan mod AI Super Clear Portrait. Dengan setiap gambar yang diambil, OPPO A93 menggunakan teknologi AI pembentukan semula wajah untuk memenuhi ruang kabur dengan teknologi terkini, perincian minit dapat dipertingkatkan dann disusun semula untuk memastikan gambar yang lebih jelas. AI Super Clear Portrait perlu diaktifkan di dalam setting. Terdapat pada kamera hadapan dan belakang.
Ultra Clear 108MP Image
Ambil gambar yang sangat jelas sehingga 108MP dengan OPPO A93 pada waktu siang. Menggunakan Algoritma AI, OPPO A93 menjadikan gambar sejelas retina untuk mendapatkan tekstur dan perincian yang lengkap, menambah baik kualiti dan hasil imej.
Rekaan Anggun Penuh Bergaya
OPPO A93 direka dengan badan yang sangat tipis, hanya 7.48mm dan beratnya 164g, profil yang sangat ringan dan warna-warna trendy dengan tekstur Shiny Matte yang premium. Cukup nipis untuk diletakkan di dalam poket tanpa menonjolkannya atau di dalam beg kecil, OPPO A93 mudah dibawa ke mana-mana sahaja Bukan itu sahaja, ianya menggunakan teknik rekaan 220° hujung bergelung pertama dalam industri menggunakan teknik high-gloss untuk menghasilkan sisi nipis tetapi pada masa yang sama sangat selesa untuk dipegang.
Dual Punch-Hole AMOLED Display
OPPO A93 didatangkan dengan paparan 16.34cm Dual Punch-Hole Display dengan diameter kamera yang lebih kecil iaitu hanya 3.7mm. Paparan Dual Punch-Holes kecil ini membolehkan skrin dan pengalaman untuk melihat dengan lebih lebar serta besar. Paparan FHD+ AMOLED disahkan oleh TUV Rhienland untuk memastikan kekelesaan pada mata untuk jangkamasa yang lama.
2. Peralatan Berkuasa Dengan Anti-Lag Algoritma
OPPO A93 dilengkapkan dengan prosesor MediaTek Helio P95 yang berkuasa, dengan 8GB RAM dan 128GB ROM. Ianya turut mempunyai slot tambahan untuk penyimpanan sehingga 512GB. Anti-Lag Algoritma mengesan dan membuang data yang menyebabkan kesilapan memori, menjadikannya membaca dan menulis data lebih berkesan.
3. AI Night Charging Yang Menyenangkan
OPPO A93 secara pintar meningkatkan keupayaan mengecaj bateri pada waktu malam. Kini anda tidak perlu risau jika mengecaj sepanjang malam boleh merosakkan bateri. Dengan penggunaan AI Algoritma, OPPO A93 mengecaj telefon anda dan mencapai tahap 100% bila anda bangun dari tidur. AI Algoritma memahami penggunaan anda dan mengecaj sehingga 80% pada waktu malam, dan membahagikan 20% lagi dalam tempoh 90 minit sebelum anda bangun, secara langsung menjaga jangka hayat bateri anda.
Anda juga tidak perlu bimbang kerana OPPO A93 dilengkapi dengan Super Power Saving Mode. Mod ini bertukar kepada penjimatan bateri dan paparan menjadi hitam dan putih, dan hanya menggerakkan enam aplikasi yang telah ditetapkan untuk memastikan masa menunggu lebih lama dengan beberapa apllikasi utama untuk digunakan.
• Tinggal 5%, 70 minit masa berhubung
• Tinggal 5%, 49 minit untuk SMS
• Tinggal 5%, 35 minit untuk Uber/Grab
• Tinggal 5%, 30 minit untuk Google Map
4. Tiada Lagi Skrin Kotor Ketika Panggilan
Jika tangan anda kotor dan telefon and berbunyi, anda tidak perlu lagi risau dengan Air Gestures OPPO A93. Dengan jarak hingga 50cm daripada telefon, anda hanya perlu melambai tangan ke atas untuk menjawap panggilan telefon apabila mod Air Gesture diaktifkan.
Konklusinya, OPPO A93 merupakan telefon pintar yang melengkapi segala-galanya, sama ada anda inginkan gambar yang cukup hebat dan menarik, mahupun ciri-ciri terkini dan moden yang tidak terdapat pada telefon pintar lainnya.
Jadilah orang yang pertama untuk mendapatkan #OPPOA93 dalam rekaan 7.48mm ultra anggun dengan 6 kamera AI Portrait untuk anda #AceYourStyle. Anda juga tidak akan ketinggalan dengan pengecaj pantas 18W dan 8GB RAM + 128GB ROM.
Buat pra-pesanan sekarang pada harga RM1,299 dan dapatkan hadiah-hadiah menarik bernilai RM199 dari sekarang hingga 9 Oktober 2020. Anda juga boleh mendapatkan POTONGAN RM100 bila anda membeli OPPO A93 ultra anggun menggunakan baucer yang boleh anda tebus di aplikasi My OPP. Muat turun dan tebus sekarang!
Buat pra-pesanan anda sekarang di:
OPPO Online Store
OPPO Brand Stores
#Advertorial #OPPO A93