Filem Backstage telah menjengah pawagam di seluruh Malaysia sejak 20 Januari lalu.

Memulakan tontonan lebih awal di panggung Indonesia, filem ini mendapat sambutan positif dan luar biasa daripada para penonton dan penggiat seni di negara seberang itu.

Ramai yang memuji cara pengolahan cerita dalam Backstage kerana mengadunkan elemen keluarga, bidang hiburan dan kesannya yang mendalam dalam hati penonton.

"Saya sangat terhibur, jarang ada filem Indonesia yang membahas tentang keluarga dan kakak adik sedetial dan sedalam ini," kongsi pelakon Christine Hakim.

"Alur ceritanya menyenangkan, ia adalah satu filem yang dekat pada hati," kata pelakon Nirina Zubir.

"Filem ini boleh dinikmati oleh semua kalangan, lakonan Sissy Priscillia bagus sangat," kata pengulas filem, Stephany Josephine.

Filem Backstage menampilkan pelakon terkenal Sissy Priscillia, adiknya Vanesha Prescilla bersama Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.

Filem ini diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kerjasama dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia.

Nak tahu lebih tentang apa yang berlaku dalam filem Backstage? Jangan lupa saksikannya di pawagam berdekatan anda!